Saturday, May 26, 2012


Mutiara Ilmu Islam

Sabda Rasulullah S.A.W., “Saya adalah kota ilmu dan Ali adalah kuncinya”

Kata-kata Saidina Ali bin Abi Talib
  1. Ilmu itu warisan para nabi dan rasul tetapi harta itu warisan Qarun, Firaun, Syaddad dan lain-lain.
  2. Ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya.
  3. Orang yang mempunyai banyak harta akan mempunyai ramai musuh tetapi orang yang banyak ilmu mempunyai ramai kawan.
  4. Harta itu apabila dibelanjakan(digunakan) akan berkurang tetapi ilmu itu jika diamalkan(digunakan)  akan bertambah.
  5. Orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati tetapi mereka yang banyak ilmu pemurah dan dihormati.
  6. Pemilik harta akan dihisab pada Hari Kiamat tetapi ilmu memberi syafaat(diamalkan) kepadanya pada Hari Kiamat.
  7. Harta menjadikan pemiliknya keras hati tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati.
  8. Harta semakin lama disimpan semakin lapuklah ia tetapi ilmu tidak using dan tidak lapuk.
  9. Pemilik harta berkata harta itu milik dia tetapi pemilik ilmu berkata ilmu itu milik Allah.


               
Khalifah-Khalifah Yang Benar
Abdul Latip Talib

Saturday, May 5, 2012

Cinta Wanita

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah

Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah

Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...



Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?

Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...



Mengalir air mataku

Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..



Ketika aku marah

Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...
Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga



Diterik padang pasir merah

Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...



Mampukah aku menjadi wanita solehah?

Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...

Friday, May 4, 2012

Dimana kita di sisi-Nya??


'Kalau kamu hendak tahu, di manakah kamu di sisi Allah, maka lihatlah di mana kamu meletakkan Allah di dalam hati kamu'

petikan dari;
Langit Illahi 3: FANZURU Maka lihatlah
nukilan Hilal Asyraf


dalam sebuah hadis qudsi riwayat Bukhari, Muslim , Tarmizi dan Ibn Majah, Rasulullah S.A.W. bersabda bahawasanya Allah S.W.T. telah berfirman, maksudnya:

Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku dengan jarak sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dengan pantas.


buku ni adik saya yg belikan...dulu saya x pernah nak baca....tp selepas Allah beri saya hidayah-Nya, saya baca....terima kasih Allah...

Assalamuaaikum....

saya ni baru mula nk ber'blog' balik...dulu saya ada blog tp 2 atas dasar pelajaran...lecturer saya yg suruh buat blog...masa tu mmg saya tak ambil kesah pon dgn blog2 ni...then, akhirnya saya delete jer blog tu...tapi kali ni saya nak ber'blog' blk atas dasar dakwah...saya buat kerana Allah...Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, 'sampaikanlah dariku walau satu ayat...'
jadi, saya kembali sbb nk sambut seruan Rasulullah Habibullah....=)

saya tak mengharapkan joiner yg beratus2 orang untuk blog ni kelak apatah lagi beribu-ribu...tapi biarlah apa yang saya sampaikan melalui blog ni dapat dimanfaatkan oleh umat manusia kelak...insya'Allah....